ROM – Apa yang pasti, destinasi ini boleh menyebabkan anda tidak boleh keluar, apabila sahaja anda memasuki kawasan ini, berkemungkinan besar, anda tidak akan dapat keluar berikutan kepadatan pelancong dan penduduk tempatan yang membanjiri kawasan yang bersejarah ini.
Lokasi yang padat dengan pelancong dan penduduk tempatan itu ialah Galeri Muzium Vatican yang mana terkenal sebagai sebuah galeri yang mempamerkan seni agung tamadun Barat yang pernah dihasilkan, lantaran situasi itu, menyebabkan suasana menyaksikan pameran itu agak terhad dan terhalang.
Kebanyakan pelancong cuba memanfaatkan pengalaman merasakan sendiri kehebatan lokasi itu sekali dalam seumur hidup mereka.
Salah seorang pengunjung terpaksa mengambil gambar daripada papan penerangan pameran itu kerana tidak dapat berdiri dan membaca papan tersebut, sebelum ditolak dan bergerak mengikut kepadatan pengunjung.
Disebabkan itu, kebanyakan pameran seni agak sukar untuk dilihat dengan begitu teliti dan terhad.


Turut dipamerkan di galeri tersebut ialah hasil karya-karya seni Michelangelo yang mempunyai visi kreatif yang bukan hanya melukis dinding-dinding bangunan gereja Vatican Sistine namun turut melakar dan mencipta seni di siling bangunan itu.
Setelah beberapa milenium, pemandangan seni itu semakin terhalang dan juga terhad disebabkan peningkatan pengunjung yang semakin bertambah, membuatkan leher setiap pengunjung terasa tertekan disebabkan terlalu lama meninggikan leher semata-mata untuk melihat karya seni agung itu.
Ini adalah minggu pertama dalam musim luruh, apabila destinasi yang sentiasa dipenuhi dengan pelancong ini membuka ruang kepada proses kesederhanaan dan cuba untuk mengurangkan kepadatan jumlah pelancong yang tinggi dengan lebih bersistematik dan terkawal, bukan di Rom dan bukan juga di Vatican.
Berikutan dengan situasi keresahan dan kesempitan yang mencabar destinasi tarikan tertinggi itu di seluruh benua Eropah, beberapa buah negara cuba untuk mencari peluang menarik pelancong-pelancong itu untuk datang ke destinasi yang lain, seperti Amsterdam, Venice, Rome atau Bruges Belgium.
“Segala memori yang ada pada satu hari nanti akan begitu indah, apabila refleksi terhadap apa yang dilihat itu beransur-ansur hilang dalam minda kita,” kata Mark Twain dalam tulisannya yang terkenal mengenai pengembaraan di Eropah, Timur Tengah dan Utara Afrika, The Innocents Abroad.
Disebabkan oleh peningkatan pelancongan yang tinggi, ia akan memberikan kesan cengkaman terhadap khazanah kemanusiaan yang besar, seterusnya, amnesia akan berlaku jika penghayatan tidak begitu mendalam sekali gus untuk menguatkan lagi minda kita.
Namun teruskan sahaja kerana terdapat cara lain bagi membuatkan anda tidak perlu untuk melepaskan peluang berkunjung ke destinasi ini seperti Rom.
Suatu masa selepas berhadapan dengan kesesakan di Muzium Vatican, anda mungkin akan beralih dan berhajat untuk menyaksikan di kawasan atas pula, iaitu Muzium Palazzo Massimo Alle Termed dan akan tertanya-tanya, “Di manakah orang ramai?.”
Kebanyakan seni di muzium ini setaraf dengan seni di Vatican. Anda berpeluang untuk menyaksikan dengan lebih dekat sebuah khazanah yang berusia 2,000 tahun dan tertanya-tanya, berapa banyak ekspresi imej manusia yang terdapat di dalam kumpulan khazanah ini. Di sini anda akan dapat mengelilingi setiap sudut ruang dengan kadar pengunjung yang sedikit.
Apabila kita menyentuh mengenai perkara atau isu terhadap kemasukkan di mana anda tidak akan dapat melihatnya di mana-mana muzium yang terkenal di kawasan bandar atau sesebuah negara akan tetapi masih mampu memberikan satu kepuasan buat anda, itu ialah Ufizi. Di muzium ini, anda akan dapat berpeluang untuk merasakan satu pengembaraan yang lebih memuaskan.




Berikut adalah beberapa pilosopi yang berbeza apabila berkunjung ke Rom, walaupun ia agak sedikit berbeza daripada yang lain :
Destinasi menarik
Lupakan untuk melawat Colosseum, usah khuatir, kerana anda akan memperolehi banyak masa hanya menyaksikan pelbagai pemandangan yang begitu indah dari jalan-jalan bandaraya itu. Daripada Colosseum, anda boleh berkunjung ke Baths of Caracalla, tapak permandian purba.
Tapak ini dikatakan mampu menampung sebanyak 1,600 penduduk dalam satu masa semasa zaman kerajaan Roman, malah tapak ini juga mampu memberikan sumber inspirasi kepada orang ramai yang ingin mendapatkan corak mozek yang indah dan cantik.
Selain itu, anda juga berpeluang untuk menyaksikan 10 lakaran lukisan dengan lebih dekat di Palazzo Dorio Pamphilj. Lukisan-lukisan ini menyaksikan beberapa potret yang dihasilkan oleh Velasquez di mana ada sesetengah paderi mengatakan potret itu merupakan lakaran potret Troppo Vero.
Namun sesetengah pihak menyarankan supaya lukisan-lukisan dijaga dengan begitu baik kerana ia dianggap sebagai sebuah seni potret yang halus dalam sejarah Itali walaupun sesetengah pelancong tidak mengetahui inti pati sebenar lukisan tersebut.
Rom dikenali sebagai sebuah negara yang kaya dengan khazanah purba dan seni. Terlalu banyak pengunjung bagi menyaksikan arca legenda Bernini di Plaza Navona?, usah bimbang, anda bolehlah berkunjung ke Santa Maria Della Vittoria dan melihat hasil-hasil kerjanya yang hebat, arca, The Ecstasy of Saint Teresa.
Selain itu juga, anda juga boleh menukar destinasi anda, selain Amsterdam yang terkenal, anda juga boleh memilih Utrecht sebagai destinasi pilihan yang lain.
Terusan yang terdapat di kawasan ini memiliki kecantikannya yang tersendiri dan anda akan menemui pelbagai kafe-kafe yang menawarkan pelbagai jenis hidangan makanan yang enak dan lazat. Di Itali, berbanding Florence, anda mungkin boleh berkunjung ke Ferrara.
Apabila anda berada di Belgium, Bruges dan Ghent merupakan lokasi yang terbaik untuk anda kunjungi. Berbanding mencari kedai-kedai coklat, anda boleh pergi ke kedai-kedai roti seni yang menawarkan pelbagai roti yang unik dan sedap.
Namun setiap kali menjelangnya musim bunga, bilangan pelancong yang berkunjung ke Ghent akan meningkat dan membanjiri kawasan dermaga Graslei di mana kebanyakan pelancong membuang sampah-sampah mereka ke sungai.
Situasi ini adalah sebab utama kenapa pelancongan yang berlebihan terus dihadkan.
Setelah melangkah abad ke-21 yang lebih moden dan berkembang ini, sebagai ganti bagi destinasi yang ingin dikunjungi adalah satu cabaran yang besar, cabaran itu ditunjukkan melalui sesuatu penyataan iaitu untuk mencari sesuatu yang memberikan sumber inspirasi dalam usaha untuk mengurangkan lagi masalah atau isu mengenai kadar pelancongan yang berlebihan yang telah dialami sesetengah negara di dunia ini.
Dengan corak dan gaya sebuah imaginasi, sebuah destinasi itu boleh dikunjungi walaupun ia terletak di Rom itu sendiri. – AP