Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Destinasi popular Thailand kini jadi ‘pulau berhantu’

    PHUKET, THAILAND, 9 OKT – Pekerja dalam sektor pelancongan kini terdedah dengan kehilangan pekerjaan selepas kafe dan tempat-tempat riadah di beberapa destinasi pelancongan popular di Thailand kini lengang dan kedatangan pelancong berkurangan serta hanya menantikan harapan agar sektor berkenaan akan pulih seperti sedia kala.

    Kolam renang kosong, kerusi disusun bertingkat di beberapa restoran dan pantai yang biasanya penuh dengan kedatangan pelancongan kelihatan sunyi sehingga mereka dapat melihat dengan jelas beberapa spesies penyu kembali ke sarang mereka di pesisir pantai untuk menetas.

    Tahun lalu, lebih daripada sembilan juta pelancong mengunjungi Phuket, destinasi kedua paling popular di Thailand selepas ibu kotanya, Bangkok.

    Hari ini, hampir semua 3,000 hotel di pulau ini ditutup dan bandar utama Patong telah menjadi ‘bandar berhantu’, kata hartawan tempatan Preechawut Keesin, yang memiliki lima kelab malam dan sekitar 600 bilik hotel.

    Thailand setakat ini masih terjejas akibat wabak global dengan sekitar 3,600 kes telah disahkan dan beberapa lagi kematian. Tetapi keputusan kerajaan terus berusaha menangani untuk mengawal jangkitan telah memberi tamparan hebat terhadap ekonomi, yang dijangka akan mengucup tujuh hingga sembilan peratus tahun ini sekali gus menyebabkan pengangguran semakin meningkat.

    “Bos saya ingin menjaga kebajikan setiap pekerja dan mengekalkan pekerjaan mereka, tetapi saya tidak fikir kita dapat bertahan selepas akhir tahun ini,” jelas Jantima Tongsrijern, pengurus kelab di sini.

    Pada kebiasaannya, 80 peratus keuntungan pulau itu berasal dari sektor pelancongan, sektor yang menggajikan lebih dari 300,000 orang. Puluhan ribu yang kehilangan pekerjaan telah kembali ke wilayah asal mereka.

    Ada yang menerima pemotongan gaji yang besar, sementara yang lain tidak mempunyai banyak pilihan selain mencari pekerjaan sampingan untuk menyara hidup mereka. – AFP

    Gambar fail pada 1 Oktober 2020 menunjukkan kolam renang yang kosong di sebuah hotel di pantai Patong di Phuket. Hampir semua 3,000 hotel di pulau ini ditutup dan bandar utama Patong kini seolah-olah menjadi sebuah ‘bandar berhantu’. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda