Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Detik cemas penumpang bawa pesawat kecil

    MIAMI, 12 MEI – Seorang penumpang tanpa pengalaman memandu kapal terbang berjaya mendaratkan sebuah pesawat kecil di lapangan terbang Florida selepas juruterbang ‘jatuh sakit dan menjadi tidak keruan’, lapor media AS semalam.

    Juruterbang itu, satu-satunya penumpang dalam pesawat Cessna 208, bergantung pada kawalan lalu lintas udara untuk membimbing pendaratannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach, kira-kira 110 kilometer dari utara Miami, lapor NBC.

    Pegawai di Fort Pierce, utara Palm Bech, menerima satu panggilan kecemasan pada pukul 12 tengah hari daripada penumpang berkenaan, lapor NBC.

    “Juruterbang saya telah menjadi tidak keruan kerana tidak sihat. Saya tidak tahu bagaimana membawa kapal terbang ini.”

    Ketika ditanya mengenai kedudukannya, dia menjawab, “Saya tidak tahu tetapi saya boleh melihat garis pinggir pantai Florida.

    Pegawai lalu lintas udara, Robert Morgan mengarahnya supaya mengekalkan kedudukan sayap dan cuba mengikut laluan pantai, dan juruterbang itu akhirnya berjaya mendaratkan pesawat tersebut. – AFP

    Gambar daripada video menunjukkan kakitangan kecemasan mengerumuni kapal terbang Cessna di Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach di Weast Palm Beach. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...