Detroit cuba tuntut kegemilangan lampau

NEW YORK, 10 Jan – Dalam usaha untuk menuntut balik kegemilangan lampau apabila acara cemerlang dunia, pameran kereta Detroit dilancarkan pada Isnin, kereta baharu dipamerkan di sebalik prospek suram untuk industri.

Pengeluar kereta Amerika, Asia dan Eropah akan berusaha untuk menambah keadaan teruja, memaparkan produk terbaharu mereka pada acara yang bermula pada minggu depan di pusat konvensyen Cobo di pusat bandar Detroit.

Namun beberapa jenama utama tidak mengambil bahagian, sementara yang lainnya sedang mengurangkan penyertaan mereka, sesuatu yang tidak pernah didengar sebelum ini apabila acara adalah mustahil untuk dilepaskan dan penganalisis berkata mereka menjangka akan membuat beberapa pengumuman besar.

Minat yang berkurangan itu dijangka membawa kesuraman kepada perhimpunan tahunan yang dianjur oleh peniaga kereta Amerika Utara, yang baru menikmati pertumbuhan jualan tetapi menghadapi apa yang dijangka oleh penganalisis tahun 2019 yang suram.

“Pameran Detroit termasuk jangkaan atau harapan besar untuk produk baru, reka bentuk, ciri-ciri dan pawai gear. Tahun ini? Tidak banyak,” kata penganalisis industri Adam Jonas daripada Morgan Stanley dalam nota pelabur.

SUV Ford Explorer 2020 didedahkan di Ford Field, Detroit, Michigan kelmarin. Pameran kereta Detroit akan bermula Isnin ini di mana kereta-kereta baharu dipamerkan walaupun prospek industri kereta suram. – AFP

Bukan sahaja pengeluar kereta Amerika yang mengurangkan penyertaan mereka pada pameran, pengeluar utama Jerman, dengan kekecualian Volkswagen, langsung tidak akan hadir.

Pameran telah kehilangan pengaruh dengan persidangan yang jauh lebih besar dan lebih menarik diadakan di Las Vegas pada Januari – Pameran Elektronik Pengguna (CES), di mana pengeluar kereta telah membuat pengumuman penting dalam beberapa tahun ini.

Harga meningkat untuk keluli dan aluminium, kesan tarif tinggi yang telah dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas rakan perniagaan besar, sedang menjejas pendapatan.

Kegawatan ekonomi di China sedang menjejas perbelanjaan pengguna ke atas barangan utama, sementara kadar faedah dan jarga kereta yang naik di Amerika membuat bayaran bulanan lebih mahal dan kereta baru kurang menarik.

Jonas juga meramalkan syarikat kereta akan mengurangkan ramalan keuntungan yang lebih rendah, memandangkan industri dibelenggu dalam persekitaran ekonomi dan politik yang tidak menentu di dunia. – AFP