Deutsche catat kerugian

FRANKFURT AM MAIN, 29 JULAI – Bank Deutsche mencatatkan kerugian bersih 77 juta euro (AS$90 juta) untuk suku kedua 2020 hari ini, tatkala kesan koronavirus terus melanda dunia sekali gus memaksa sektor ekonomi untuk terus melipatgandakan usaha untuk mengurangkan risiko daripada mengalami kerugian.

Sebanyak 761 juta euro telah diperuntukkan oleh pemegang saham untuk memenuhi risiko kerugian kredit yang berpotensi – lebih daripada empat kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Terdapat juga berita baik mengenai keuntungan sebelum cukai dan pendapatan bersih, dengan masing-masing mencatatkan 158 juta euro dan 6.3 bilion euro.

Hasil kumpulan pada suku kedua sekali lagi didorong oleh pelaburan perbankan, yang menghasilkan pendapatan 2.7 bilion euro, mening-kat 46 peratus tahun ke tahun.

“Dalam lingkungan yang mencabar, kami meningkatkan pendapatan dan terus mengurangi biaya,” kata ketua eksekutif Christian Sewing dalam siaran akhbar.

Bank Deutsche melaporkan kerugian bersih lebih dari 3 bilion euro pada suku kedua 2019, sebahagiannya didorong oleh rancangan pe-nyusunan semula yang menyeluruh. – AFP