FRANKFURT, Jerman, 24 Mei – Bank Jerman Deutsche berkata ia akan membuang beribu-ribu pekerja tatkala ia menyusun semula perniagaannya dalam saham dan berusaha untuk mengehad kos.
Bank itu berkata hari ini ia akan membuang tenaga kerja daripada 97,000 kepada ‘kurang daripada’ 90,000. Ia berkata pengurangan tersebut telahpun ‘dilancarkan.’
Pembuangan pekerja akan menelan kos sebanyak kira-kira 800 juta euro pada tahun ini. Bank Deutsche telah bergelut dengan kos tinggi dan masalah dengan pengatur selia. Bank tersebut mengganti Ketua Pegawai Eksekutifnya pada April selepas mencatat kerugian tahunan selama tiga tahun dan ketinggalan dalam usaha untuk memperkemas operasinya.
Ketua Pegawai Eksekutif baharu Christian Sewing berkata bank akan menumpu semula pada penggunaannya di Eropah dan Jerman dan mengurang operasi yang lebih mahal dan lebih berisiko di mana ia tidak mempunyai kedudukan berpengaruh.

Sewing berkata bank adalah komited dengan operasi perbankan pelaburan antarabangsanya tetapi mesti ‘menumpu pada apa yang kami dapat lakukan dengan terbaik.’
Sewing mengganti John Cryan pada April dengan satu mandat untuk mempercepat penyusunan semula bank.
Ia telah mengalami kerugian berjumlah berbilion daripada denda dan penalti berkaitan dengan salah urus sebelum ini, dan telah bergelut untuk mengurangkan kos. – AP