BERLIN, 7 Mac – Kumpulan logistik Jerman Deutsche Post DHL berkata hari ini keuntungan bersih merosot mendadak dalam tahun 2018, setahun yang ditanda oleh keuntungan dalam cawangan pos yang melaksanakan penyusunan semula secara meluas.
Bos di Bonn berkata pada musim panas lalu bahawa mereka akan menyusun semula unit pos untuk mengatasi kemerosotan jangka panjang dalam pos tradisional dan pertumbuhan pesat dalam penghantaran bungkusan yang dirangsang oleh pembelian online.
Merujuk kepada “bebanan jangka pendek” terhadap keuntungan operasi kesan daripada penyusunan smeula, ketua eksekutif Frank Appel memutuskan “kami telah mewujudkan keadaan untuk mencapai matlamat 2020 kami.”
Pada tahun lalu, keuntungan bersih di seluruh Deutsche Post merosot 23.5 peratus, kepada 2.1 bilion euro.
Keuntungan asas merosot kurang mendadak, merosot 15.5 peratus kepada 3.2 bilion euro, sementara pendapatan meningkat 1.8 peratus pada 61.5 bilion. – AFP

































