Selepas membuka beberapa buah cawangan pusat karaoke Masterpiece, kini Ahmad Dhani muncul dengan idea baharu menghasilkan sebuah aplikasi karaoke.
Aplikasi ini dinamakan sebagai Dewa 19 Karaoke yang mana ia memiliki keistimewaan bagi Baladewa (gelaran peminat Dewa 19) dan pencinta muzik secara umum. “Kami pernah membuat pra pelancaran bagi aplikasi Dewa 19 Karaoke ini beberapa bulan lalu namun sewaktu pelancaran itu hanya Android sahaja yang boleh memuat turun aplikasi tersebut.
“Kini, berita baik buat pengguna iOS awda juga sudah boleh memuat turun dan menikmati Dewa 19 Karaoke Apps ini,” jelas pemilik Dewa 19 Karaoke Apps, Indra Putra. Sesuai dengan namanya, aplikasi ini memang dihasilkan khas buat para pencinta muzik yang gemar berkaraoke.
“Terdapat pelbagai keistimewaan yang ditawarkan dalam aplikasi ini seperti boleh menikmati muzik-muzik eksklusif daripada Dewa 19 dan artis-artis dari Syarikat Republik
“Keistimewaan aplikasi ini adalah lagu-lagu di dalamnya tidak akan dapat didengari di mana-mana platform.
“Lagu-lagu di platform Youtube tidak keluar dalam versi karaoke tetapi ada juga yang boleh digunakan untuk berkaraoke cuma penggunaan muziknya tidak asli,” tambah Indra. – Agensi