Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Dewan Indah Biru dirasmi

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OGOS – Sebuah lagi dewan acara telah dirasmikan bagi kemudahan orang awam mengadakan acara-acara keramaian di Kampung Lugu, Mukim
    Sengkurong, hari ini.

    Perasmian Dewan Indah Biru yang dikendalikan dengan kerjasama Mahligai Seri Event Management berkenaan juga diselajurkan dengan pelancaran Brunei Grand Wedding Expo 2022 yang berlangsung di dewan berkenaan hingga 28 Ogos ini.

    Hadir bagi menyempurnakan perasmian itu ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Qudduus dan isteri, Pengiran Ratna Siti Nooraishah binti Pengiran Dato Paduka Haji Hamzad.

    Majlis juga menyaksikan penyampaian sumbangan berjumlah $3,000 daripada pihak Mahligai Seri Event Management, yang disempurnakan oleh Yang Amat Mulia, kepada wakil pihak pengurusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Awang Samsudin bin Haji Puasa selaku pegawai Sekretariat Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim (DANA) bagi pihak ketua pegawai eksekutif DANA.

    Sementara itu, ekspo perkahwinan berkenaan disertai 17 peserta dari pelbagai bidang industri perkahwinan tempatan.

    YAM Pengiran Anak Haji Abdul Qudduus memotong reben bagi merasmikan Dewan Indah Biru.
    YAM Pengiran Anak Haji Abdul Qudduus dan Pengiran Ratna Siti Nooraishah bergambar ramai bersama pegawai dan kakitangan pengurusan majlis.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...