Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Dewan ‘kecoh’ usul Kesultanan Sulu ditolak

    KUALA LUMPUR, 18 JULAI – Ahli Parlimen pembangkang dari Sabah Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) diarah keluar dan digantung dua hari daripada menghadiri persidangan selepas beliau bertegas mahu usul tuntutan waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah dibahas di Dewan Rakyat.

    Usul mengenai tuntutan waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah yang ditolak buat kali ketiga di Dewan Rakyat itu mencetuskan pertikaman lidah antara beberapa Ahli Parlimen pembangkang dari Negeri di Bawah Bayu itu dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun dan Timbalan Yang Dipertuanya Datuk Mohd Rashid Hasnon.

    Keengganan Isnaraissah Munirah untuk duduk dan menerima keputusan Speaker berhubung perkara itu menyebabkan Mohd Rashid yang menggantikan Azhar Azizan mengarahkan Bentara mengiringi Ahli Parlimen Kota Belud itu keluar dewan.

    Isnaraissah Munirah tetap tidak keluar dan beliau yang dikelilingi wakil rakyat pembangkang dari Sabah tetap bersuara meminta usul itu dibahas walaupun ketika itu Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan membentangkan Rang Undang-undang Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 untuk bacaan kali kedua.

    Kekecohan kira-kira 30 minit itu bermula apabila Isnaraissah Munirah bangun sebaik dewan selesai mempersetujui usul menangguhkan pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menggantikan Datuk Seri Azalina Othman Said yang dijadualkan hari ini.

    “Tuan Speaker (Tan Sri Azhar Azizan Harun) buat kali ketiga speaker menolak usul saya tentang Sultan Sulu, saya cukup hairan, saya mahu tanya Kerajaan Persekutuan, sampai tahap apa baru usul ini dibolehkan bahas? ini soal kedaulatan negara, bukan soal remeh temeh. 

    “Saya mohon MP Sabah dan MP lain untuk berdiri mohon usul ini dibincangkan,” katanya.

    Mohd Rashid berkata Isnaraissah Munirah boleh membuat rayuan mengenai perkara itu mengikut Peraturan 43 yang menyebut Ahli Parlimen boleh menulis surat kepada Yang Dipertua merayu supaya usul mereka diterima dan dibahaskan. – Bernama

    Ahli Parlimen pembangkang dari Sabah Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) ketika sidang media di Bangunan Parlimen kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...