Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dewan Perniagaan Tiong Hwa kunjungi warga emas

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    SERIA, 22 Jan – Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2017 yang bakal diraikan oleh masyarakat Tionghwa minggu depan, sudah menjadi kelaziman Rumah Orang-Orang Tua Pekan Seria menerima kunjungan daripada pelbagai pihak.

    Hari ini, Dewan Perniagaan Tiong Hwa Daerah Belait juga tidak ketinggalan mengadakan kunjungan ke rumah tersebut dengan diketuai oleh presidennya, Loo Soon Nin.

    Dalam temu bual bersama Media Permata, Loo Soon Nin memberitahu, kunjungan mereka ke Rumah Orang-Orang Tua itu merupakan program tahunan setiap kali menjelangnya sambutan Tahun Baru Cina.

    Menurutnya, kunjungan itu dihasratkan untuk memberikan ucap selamat dan juga bagi membantu menceriakan kalangan penghuni di rumah berkenaan dan juga untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang terhadap kalangan warga emas.

    Dalam kunjungan tersebut, rombongan tersebut juga telah menyampaikan cenderahati kepada penghuni-penghuni di rumah tersebut, seperti buah limau Mandarin dan juga paket merah atau lebih dikenali sebagai Angpau.

    Rombongan Dewan Perniagaan Tiong Hwa Daerah Belait semasa mengunjungi Rumah Orang-Orang Tua Pekan Seria.
    Rombongan Dewan Perniagaan Tiong Hwa Daerah Belait semasa mengunjungi Rumah Orang-Orang Tua Pekan Seria.

    “Kunjungan ke rumah orang-orang tua ini, adalah juga sebagai membuktikan rasa hormat kami kepada kalangan warga emas dan kami juga mahu melihat mereka turut bergembira menjelang Sambutan Tahun Baru Cina.

    “Melalui kunjungan ini, adalah dihasratkan supaya sedikit sebanyak dapat memberikan semangat dan kegembiraan kepada warga emas yang semestinya tidak boleh diketepikan kepentingan mereka,” ujar Loo Soon Nin lagi.

    Turut serta dalam kunjungan tersebut ialah Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Tionghwa Daerah Belait, Hoon Fong Man, Setiausahanya, Hong Fan Tse dan ahli-ahli lainnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda