Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Dewi Perssik bercerai, harap jumpa jodoh yang ikhlas

    Penyanyi dangdut terkenal Indonesia Dewi Perssik akhirnya sah bercerai dengan suaminya, Angga Wijaya baru-baru ini.

    Dewi ketika ditemui media memberitahu lega dengan perceraian itu yang sudah selesai dan berharap dipertemukan dengan pasangan benar-benar ikhlas dengannya pada masa hadapan.

    “Saya tidak berani kata apa akan berlaku pada masa hadapan, takut kecewa lagi pun ya. Buat masa ini, saya hanya mahu menikmati kehidupan, selebihnya saya serahkan kepada kuasa Tuhan.

    “Jika bertemu jodoh, biarlah dapat lelaki ikhlas mencintai saya, yang benar-benar mencuri hati bukan mencuri harta saya,” katanya.

    Sebelum ini, Dewi pernah berkahwin dengan Saipul Jamil namun rumah tangga mereka berakhir depan perpisahan.

    Dewi juga pernah berkahwin dengan Aldi Taher pada 2009 namun pasangan itu turut memilih jalan perceraian.

    Dalam pada itu, Dewi berkata, dia tidak pernah merancang perceraian malah sentiasa berharap rumah tangga yang dibina kekal hingga ke hujung nyawa.

    “Sejak dulu saya begitu selektif tetapi mungkin kerana saya orangnya terlalu mudah percayakan orang lain, membuatkan saya sering gagal dalam perkahwinan,” katanya.- Agensi

    Dewi Perssik akhirnya sah bercerai dengan Angga Wijaya baru-baru ini.- Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...