Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Dewi Perssik kini rapat dengan Rian Ibram

    Selepas sah bercerai dengan Angga Wijaya pada Ogos lalu, penyanyi, Dewi Perssik dikatakan sudah bertemu pengganti hati apabila dilihat rapat dengan pengacara dan penyampai radio bernama Rian Ibram.

    Menyifatkan Rian sebagai seorang yang baik, Dewi atau mesra disapa Depe tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dengan lelaki itu.

    “Kalau tidak jadi suami, dia boleh menjadi sahabat. Rian seorang yang baik dan tidak kedekut berkongsi ilmu. Tidak perlu terburu-buru untuk bercinta kerana kami boleh berkawan dulu.

    “Kalau dia boleh meyakinkan saya dan hati ini terbuka, kenapa tidak untuk kami berkahwin. Biarlah masa yang menentukan,” katanya seperti yang dipetik dari Suara.

    Selain Angga, Depe juga pernah berkahwin dengan penyanyi dangdut Saiful Jamil dan Aldi Taher namun semuanya tidak bertahan lama.

    Dalam perkembangan lain, Depe juga berkongsi keadaan ibunya yang kini kurang sihat selepas membaca berita buruk yang diperkatakan tentang dirinya. “Ibu saya terlalu berfikir tentang cerita itu sehingga jatuh sakit. Kakinya bengkak. Dia selalu demam panas jika terlalu banyak fikir,” jelasnya.

    Depe kini sedang mengumpul maklumat untuk diserahkan kepada pihak berkuasa selepas menerima banyak tuduhan mengatakan dirinya mandul. – Agensi

    Depe sedia terima Rian sebagai suami. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...