Thursday, November 30, 2023
25.8 C
Brunei

    -

    Dex Carvey meninggal dunia akibat dadah

    Pelawak Dex Carvey dilaporkan meninggal dunia pada malam Rabu akibat pengambilan dadah secara berlebihan, kongsi mStar.

    Perkara itu disahkan oleh bapa Dex yang juga pelawak Dana Carvey yang memberitahu kematian itu sebagai tidak disengajakan.

    Dex baru berusia 32 tahun.

    “Malam tadi kami berdepan tragedi yang dahsyat. Anak lelaki kami Dex meninggal dunia akibat pengambilan dadah berlebihan secara tidak sengaja.

    “Dia sangat berbakat dalam pelbagai bidang seperti muzik, seni, pembuatan filem, komedi yang dilakukan dengan semangat,” katanya.

    Dalam pada itu, Dana memberitahu mendiang seorang yang baik hati malah sangat disenangi oleh semua ahli keluarga termasuk kenalannya.

    “Kad hari jadi buatan tangan paling istimewa buat kami. Kami akan merindui Dex buat selama-lamanya,” katanya.

    Deadline melaporkan teman wanita Dex iaitu Kaylee menghubungi pihak polis selepas pelawak itu mengunci diri di dalam bilik air.

    Selepas pihak berkuasa tiba di rumahnya, Dex didapati sudah tidak sedarkan diri dan paramedik yang cuba menyelamatkan nyawanya juga tidak berhasil. – Agensi

    Dex adalah anak sulung kepada Dana Carvey. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China gesa gencatan senjata menyeluruh segera

    BEIJING, 30 NOV - China hari ini menggesa ‘gencatan senjata kemanusiaan yang berterusan’ dalam konflik Israel-Hamas dalam kertas jawatan yang dikeluarkan oleh kementerian luarnya. "Pihak-pihak...