Tuesday, September 27, 2022
22.3 C
Brunei

Di Maria digantung dua perlawanan

-

MILAN, 21 SEPT – Angel Di Maria telah digantung dua perlawanan kerana menyiku lawan semasa kekalahan memalukan di tangan Monza, kata Serie A kelmarin.

Pemain sayap Argentina, Di Maria dilayangkan kad merah lima minit sebelum separuh masa pertama tamat semasa kekalahan 1-0 Ahad lalu, ia merupakan kemenangan pertama Monza dalam liga utama Itali.

Dia kemudiannya menyalahkan dirinya sendiri atas kelakuannya sehingga menyebabkan Juventus berada di tangga kelapan dan tujuh mata di belakang pendahulu Napoli. Pemain berusia 34 tahun itu akan terlepas kunjungan Bologna dan perjalanan Juve bertemu AC Milan selepas rehat antarabangsa, di mana dia akan mengambil bahagian dalam dua perlawanan persahabatan pra-Piala Dunia. Jose Mourinho akan terlepas kunjungan Roma ke pasukan lamanya Inter Milan berikutan penggantungan satu perlawanan.

Pengurus Portugis itu digantung kerana “masuk padang pada minit ke-11” ketika pasukannya tewas 1-0 di tempat sendiri kepada Atalanta pada hari Ahad dan “mengejek pemain dari pasukan lawan.” – AP

Aksi Angel Di Maria (kiri) mengawal bola semasa perlawanan bola sepak Serie A menentang Monza, di Monza, Itali, 18 September 2022. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas bot terbalik, ragut 24 jiwa

DHAKA, 25 SEPT – Sekurang-kurangnya 24 orang lemas manakala 24 lagi masih hilang selepas bot yang sarat membawa penganut Hindu terbalik di sebuah sungai...
- Advertisment -