Di Maria digantung empat perlawanan

PARIS, 24 SEPT – Pemain sayap Paris Saint-Germain (PSG), Angel Di Maria, digantung empat perlawanan kerana meludah semasa perlawanan menentang Marseille yang juga menyaksikan lima pemain lain telah dilayangkan kad merah dan tuntutan oleh Neymar mengenai isu perkauman.

Penggantungan Di Maria oleh suruhanjaya tatatertib Ligue 1 adalah kerana meludah pemain pertahanan Marseille, Alvaro Gonzalez. Penggantungannya berkuatkuasa 29 September, yang bermakna dia boleh bermain menentang Reims pada Ahad ini dan akan kembali pada 8 November.

Tuduhan Neymar bahawa Gonzalez bersifat perkauman akan disiasat pada 30 September, kata suruhanjaya itu. Neymar diusir karena menampar Gonzalez di belakang kepala, menuduh pemain Sepanyol itu memanggilnya ‘monyet’. Gonzalez menafikan tuduhan itu.

Pemain termahal di dunia itu diberi larangan dua perlawanan minggu lalu kerana insiden tersebut pada 13 September di Parc des Princes. – AFP