Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Di Maria jejak kaki ke Juventus

    MILAN, 8 JULAI – Angel Di Maria tiba di Turin malam kelmarin menjelang perpindahannya ke Juventus selepas dilepaskan oleh juara Perancis, Paris Saint-Germain pada penghujung musim lalu.

    Pemain sayap Argentina, Di Maria menjalani pemeriksaan kesihatannya hari ini sebelum menandatangani perjanjian setahun dengan kelab Serie A itu yang akan menawarkannya gaji sebanyak AS$7.14 juta menurut laporan.

    Pemain berusia 34 tahun itu menyertai Juve menjelang Piala Dunia musim sejuk di Qatar di mana pasukan kebangsaannya berjaya melayakkan diri pada kejohanan tersebut sebagai juara Copa America.

    Di Maria meninggalkan PSG selepas juara Perancis itu memutuskan untuk tidak memperbaharui kontraknya pada penggal lalu.

    Kedudukannya di kelab itu turut tergugat setelah ketibaan rakan senegaranya dari Argentina, Lionel Messi pada musim panas lalu.

    Di Maria membuat penampilan sebanyak 295 kali dalam semua pertandingan bersama PSG dengan menjaringkan sebanyak 95 gol dan mengumpulkan 112 assist selama tujuh tahun bersama kelab Perancis itu.

    Dia juga memenangi lima kejuaraan liga dan lima Piala Perancis tetapi terlepas aksi Liga Juara-Juara pada 2020 apabila PSG ditewaskan di final di tangan Bayern Munich.

    Juve juga bersedia untuk menyambut kedatangan semula pemain tengah Perancis, Paul Pogba ketika mereka cuba bangkit daripada kempen yang tidak memberangsangkan di mana mereka menduduki tempat keempat iaitu 16 mata di belakang juara liga, AC Milan. – AFP

    Angel Di Maria menyertai Juventus dengan perjanjian selama setahun dengan bayaran kontrak AS$7.14 juta. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...