Tuesday, April 29, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Di PBB, pemimpin dunia hadapi krisis Korea U

    PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), Amerika Syarikat (AS), 21 Sept – Ancaman nuklear Korea Utara menjadi tumpuan di PBB hari ini ketika Presiden AS, Donald Trump mengadakan rundingan bersama para pemimpin Jepun dan Korea Selatan dan Majlis Keselamatan bertemu untuk menekan sekatan untuk dikuatkuasakan ke atas Pyongyang.

    Selepas mengancam untuk ‘memusnahkan keseluruhan Korea Utara’ dalam ucapan pertamanya kepada Perhimpunan Agung itu, Trump akan berunding bersama Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan pemimpin Korea Selatan, Moon Jae-In untuk membincangkan hala tuju.

    Juga hari ini, Moon akan memberi ucapan di podium PBB untuk merayu bagi sokongan antarabangsa dalam ketegangan bersama Korea Utara, yang telah melancarkan enam ujian nuklear dan menembakkan dua peluru berpandu balistik antara benua.

    Ancaman daripada nuklear dan ujian peluru berpandu Korea Utara telah mendominasi perhimpunan para pemimpin dunia tahun ini, namun perbezaan pendapat masih lagi timbul tentang bagaimana untuk menghadapi Pyongyang.

    Menteri Luar Negeri China, Wang Yi dan rakan sejawatannya Rusia, Sergei Lavrov, yang juga akan menyampaikan ucapannya hari ini, telah menyeru bagi rundingan diplomatik dan memberi amaran tindakan tentera akan mencetuskan bencana.

    Dalam ucapannya di PBB kelmarin, Abe dari Jepun menyokong pendirian teguh AS, mengumumkan bahawa masa untuk berdialog dengan Korea Utara sudah pun tamat dan tekanan dari sekatan itu perlu dilakukan.– AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda