Di sebalik gaya rambut wanita muda di Jepun

JEPUN – Kelihatan para wanita sedang mengenakan pakaian kimono yang begitu mempesonakan dan kelihatan sangat anggun berkumpul di sebuah taman indah di Jepun.

Dianggarkan sekitar empat ribu wanita muda Jepun berkumpul di lokasi itu bagi menandakan mereka sudah memasuki usia dewasa baru-baru ini.

Pelbagai kegiatan dan aktiviti telah dijalankan bagi meraikan peningkatan usia mereka itu. Acara yang dikenali sebagai ‘Coming of Age’ itu bermula sebagai sebuah acara keluarga pada zaman samurai purba Jepun dan telah diadakan kembali di seluruh negara Jepun.

Wanita-wanita yang berusia 20 tahun akan diraikan bagi mengingatkan mereka akan tanggungjawab mereka selepas menjadi dewasa dan melakukan apa saja yang mereka ingin lakukan.

Di dalam perhimpunan itu, kelihatan kebanyakan wanita sedang asyik dan lena dengan telefon bimbit masing-masing malah kelihatan beberapa wanita menguap ketika beberapa ucapan diberikan oleh pihak penganjur.

Dianggarkan sekitar seribu orang wanita muda Jepun berkumpul di lokasi itu bagi menandakan mereka sudah memasuki usia dewasa baru-baru ini. – AFP
Dianggarkan sekitar seribu orang wanita muda Jepun berkumpul di lokasi itu bagi menandakan mereka sudah memasuki usia dewasa baru-baru ini. – AFP
Pelbagai kegiatan dan aktiviti telah dijalankan bagi meraikan peningkatan usia mereka itu. – AFP
Pelbagai kegiatan dan aktiviti telah dijalankan bagi meraikan peningkatan usia mereka itu. – AFP

Lazimnya dengan adanya perhimpunan ini, mereka akan dapat dinilai dengan pakaian masing-masing dan jika seorang lelaki mengenakan pakaian formal, maka mereka akan berpotensi untuk menjadi seorang peniaga atau usahawan.

“Saya sangat gembira kerana sudah melangkah ke usia dewasa, oleh itu saya boleh melakukan apa saja yang saya inginkan,” kata seorang pelajar Kolej, Rumiko Matsumoto kepada wartawan AFP.

Rumiko merancang untuk mendapatkan penjagaan ‘Manicure’ selepas sahaja perhimpunan itu.

“Sebaik sahaja kuku saya kering, saya perlu memasang bulu mata, mendandan rambut dan akhir sekali, memasang pakaian kimono saya.

“Pada mulanya, saya agak sedikit gugup namun pada hari yang penuh istimewa ini, saya tetap gembira dan bersedia untuk melangkah menjadi seorang yang lebih dewasa,” kata Rumiko lagi kepada wartawan AFP.

“Pada hari ini, saya dipesankan oleh ibu bapa saya untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab terutama di atas segala tindakan yang saya sendiri lakukan.

“Sekarang, saya ingin pergi ke sebuah kelab dan meraikan kebebasan ini,” tambahnya lagi kepada wartawan.

Dianggarkan sekitar empat ribu kaum wanita telah berkumpul di Taman Toshima di bandar raya Tokyo pada hari Isnin yang lalu dengan berpakaian lengkap tradisi Jepun, Kimono. Malah kebanyakan wanita menghias dan mendandan rambut mereka dengan pelbagai bentuk perhiasan. Sesetengah wanita pula sedang beratur untuk menaiki rollercoaster yang terdapat di taman tersebut.

Sesetengah wanita telah mula membuat tamu janji setahun lebih awal untuk mendandan rambut mereka dengan para pendandan rambut di salun-salun terkenal malah kebanyakan wanita-wanita ini telah menghabiskan masa sehari di salun untuk kelihatan lebih cantik dan menawan.

Kebanyakan wanita telah membelanjakan sekitar AS$10,000 untuk menggunakan pakaian kimono mereka, rawatan kecantikan seperti perhiasan kuku, rambut, kaki dan sebagainya.

“Alamak, saya sudah dewasa”

“Saya tidak menyangka saya telah menjadi seorang dewasa apatah lagi usia saya ketika ini sudah memasuki 20 tahun. Saya perlu berfikir tentang masa depan saya dan kadangkala ia sangat menakutkan. Buat masa ini saya hanya ingin menikmati keselesaan dengan keluar malam bersama dengan rakan-rakan yang telah lama terpisah selepas sahaja tamat persekolahan dulu,” kata pembantu jualan, Reiko Nakamura kepada wartawan AFP.

Perhimpunan itu disambut pada minggu kedua, hari Isnin dan ketika ini, musim salji telah melanda utara Jepun ke selatan Subtropika, malah perhimpunan ‘Hari Kedewasaan’ ini memfokuskan kepada kaum wanita dan lelaki yang sudah mengecapi usia 20 tahun ke atas dan mereka yang akan memasuki usia 20 tahun sebelum 31 Mac pada tahun ini. Di Jepun, usia remaja untuk memasuki usia dewasa telah ditetapkan di negara itu iaitu pada usia 20 tahun untuk kedua-dua jantina sejak tahun 1876 lagi.

Ramai wanita yang mengenakan pakaian kimono dan kaum lelaki dengan pakaian kemas formal berkumpul dan bersembahyang di tempat suci Meiji di Tokyo pada hujung minggu baru-baru ini manakala beribu-ribu lagi berpusu-pusu ke Tokyo Disneyland dan merakamkan gambar menarik bersama dengan Mickey dan Minnie Mouse.

Manakala di kawasan barat laut Jepun, majlis perhimpunan seperti itu diwarnai dengan kesedihan mengingatkan kembali rakan-rakan mereka yang terkorban dalam bencana Tsunami yang melanda wilayah itu pada tahun 2011.

Menurut satu perangkaan kerajaan Jepun, terdapat kira-kira 1.21 juta kaum wanita mencecah usia 20 tahun pada 1 Januari yang lalu di Jepun dan bilangan itu menurun sebanyak kira-kira 50,000 pada tahun lalu dan pada tahun 1970, merupakan tahun yang memperlihatkan bilangan yang tinggi iaitu sekitar 2.46 juta.

Kadar kelahiran di Jepun baru-baru ini telah menurun di bawah satu juta buat kali pertama dalam 100 tahun dan ini mencerminkan satu perkembangan kepada penduduk yang sudah berumur namun krisis itu merupakan satu krisis yang berada di akhir persoalan ketika perhimpunan itu dijalankan.

“Kami ingin menikmati perhimpunan ini dan melupakan sejenak apa yang dikatakan sebagai satu isu,” kata Riki kepada wartawan. – AFP