Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Di sebalik nilai seni

    SEBUAH gudang yang tidak bertanda di sebuah Lorong di tengah London, beribu-ribu lukisan, kertas lukisan dan lakaran-lakaran hebat diletakkan dan disusun rapi di dalam rak dan sedang menunggu untuk diedarkan ke seluruh dunia sekali gus menandakan kekuasan British secara lembut.

    Koleksi seni yang dimiliki oleh pihak kerajaan negara itu mempunyai kira-kira 14,000 seni di mana kebanyakannya lakaran seni yang di kumpul dan disimpan sejak 200 tahun yang lalu dan dipamerkan di bangunan-bangunan consular, kediaman-kediaman dan pejabat kerajaan di seluruh dunia.

    Ini termasuk potret yang dihasilkan oleh Lucian Freud dan John Constable yang ditempatkan di Downing Street, penerbitan skrin, Barbara Hepworth di dinding kedutaan British di Bahrain, serta Damien Hirst dan William Hogarth yang dipamerkan di Washington.

    “Kerja-kerja seni ini boleh bertindak sebagai ‘pemecah ais’, sebagai satu permulaan dan hanya menunjukkan kreativiti hebat di Britain,” kata pengarah, Penny Johnson kepada media AFP.

    Sesetengah karya ini dipilih berdasarkan pilihan peribadi kedutaan besar manakala yang lainnya pula mencerminkan latar belakangnya. Bridget Riley menggunakan warna-warna yang memaparkan zaman purba Mesir di sebuah lukisan bertajuk ‘Reflection’ yang dihasilkan pada tahun 1982 dan kini digantung di kedutaan British di Kaherah.

    Koleksi karya seni ini merupakan sebahagian daripada jejak kuasa ‘lembut’ Britain di seluruh dunia. – AFP

    Ada juga sesetengah karya ini turut mengundang ketegangan diplomatik. – AFP
    Sesetengah karya ini dipilih berdasarkan pilihan peribadi kedutaan manakala yang lainnya pula mencerminkan latar belakangnya. – AFP

    Dalam satu masa, sekitar dua pertiga karya-karya seni ini dipamerkan di lebih daripada 150 bandar raya di seluruh dunia dan kebanyakannya masih berada dalam keadaan yang sangat baik dan terpelihara.

    Akibat panas yang melampau dan ‘bug’ merupakan satu ancaman bagi karya-karya ini dan kurator telah menyerahkan lukisan serta gambar untuk menjalani proses tropisisasi.

    Sangat berharga

    Sesetengah karya menghadapi situasi bahaya di mana beberapa kedutaan Britain di luar negara baru-baru ini telah memulangkan beberapa buah karya ke London, kerana khuatir jika lukisan-lukisan ini tidak bertahan disebabkan oleh anak-anaknya.

    Manakala ada juga sesetengah karya turut mengundang ketegangan diplomatik. Penunjuk perasaan yang menyerbu Kedutaan Inggeris di Tehran pada 2011 merupakan tindak balas terhadap sekatan nuklear yang ada di dalam beberapa karya seni, kata Johnson.

    Kedutaan itu dibuka semula pada 2016 dan hubungan berjaya dipulihkan beberapa tahun kemudian malah karya itu hanya dikembalikan beberapa bulan yang lalu.

    “Potret Queen Victoria sedang diperbaiki dan kami berharap semuanya akan kembali ke Tehran pada bulan Disember ini,” tambahnya.

    Kad panggilan ke seluruh dunia

    Kebanyakan koleksi-koleksi seni ini dibiayai oleh pihak kerajaan dan dianggarkan bernilai sekitar 855,000 pound iaitu sekitar AS$1.1 juta pada tahun ini untuk meliputi pengambilalihan, pemuliharaan, rangka, pengangkutan dan pemasangan. Namun aspek-aspek sumbangan terus meningkatkan pelaburan khususnya terhadap artis-artis seni baharu.

    Pada bulan lalu, para pengumpul karya itu mengumumkan satu komisen baharu untuk 10 buah karya yang dihasilkan oleh 10 seniman dalam beberapa dekad yang akan datang, dibiayai dengan hasil sumbangan sebanyak 500,000 pound daripada dermawan Sybil Robson Orr dan Matthew Orr.

    Artis TenTen yang pertama ialah Hurvin Anderson yang mencipta cetakan stensil, ‘Still life with flower artificial’ diilhamkan oleh pasu yang dimiliki oleh ibunya yang berasal dari Jamaica.

    Salah satu cetakan edisi terhad telah diperuntukkan untuk kedutaan di Perancis, yang mempunyai kira-kira 17,000 pengunjung setiap tahun dan menyediakan platform terbaik untuk mempamerkan bakat artis seni Britain.

    “Seni dan budaya merupakan salah satu kad panggilan hebat kami kepada dunia,” kata Menteri Junior, Michael Ellis pada pelancaran projek baharu itu.

    “Koleksi karya seni ini merupakan sebahagian daripada jejak kuasa ‘lembut’ kami di seluruh dunia,” katanya, Britain menduduki tempat pertama dalam indeks kuasa lembut yang menekankan pengaruh budaya, sukan, kreatif, kewangan dan teknologi di dunia.

    Bagaimanapun, laporan itu yang telah disusun oleh Komunikasi Portland, memberi amaran ketidakpastian berhubung dengan negara Britain yang telah keluar dari Kesatuan Eropah pada tahun depan menyebabkan lebih banyak kekuatan ini menjadi sangat lemah.

    “Pelaburan berterusan dan kuasa lembut ini akan menjadi lebih penting apabila Brexit telah selesai,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda