APA yang ada pada Sophia Loren, John Cleese dan Woody Allen? Mereka ini merupakan barisan artis seni Hollywood yang memulakan karier mereka dalam dunia komik foto atau foto novel yang sering menimbulkan rasa benci dalam kalangan para pembaca.
Kebanyakan genre mereka terkenal dengan jalan cerita yang bersahaja dan melodrama romantik yang manis serta baru-baru ini, karya dari tiga artis seni komik foto ini telah dipamerkan di sebuah muzium utama retrospektif di negara Perancis.
Perjalanan cerita yang romantik dan barisan-barisan gambar komik kini telah mendapatkan satu sentuhan sejarah dan telah dipelihara untuk menjadi tatapan satu perkembangan genre itu kepada generasi yang akan datang.
Namun selepas sahaja peperangan berakhir di benua Eropah, kebanyakan genre ini sentiasa membanjiri kedai-kedai buku walaupun kemajuan televisyen telah ada namun genre ini masih tidak dilupakan dan masih digemari namun ada sesetengah individu beranggapan bahawa genre ini menimbulkan satu etika moral yang tidak baik dan dijadikan alat sebagai satu kecaman yang dilakukan oleh pemimpin komunis.
Sekitar tahun 1960an, satu daripada tiga penduduk Perancis adalah antara pembaca yang gemar membaca genre itu.
Menurut pengerusi pameran komik foto ‘Romawi-Foto’ di Muzium Mucem di Marseille telah mendakwa genre ini sebagai satu pandangan definisi pertama dalam genre yang jarang menarik perhatian ahli-ahli sejarah dan ia dianggap tidak bernilai serta kosong.
Disebabkan oleh situasi itu, kebanyakan para pencipta komik foto ini dihina dan dipinggirkan serta hanya meninggalkan separuh daripada karya mereka untuk generasi yang seterusnya.
“Namun sebenarnya, foto novel adalah salah satu karya seni budaya pop terbesar abad ke-20 dan ketika ini, ia semakin digemari. Genre ini memenuhi pelbagai tema dan kronologi serta lakaran seperti kereta, peti sejuk dan pelbagai lagi objek-objek lain yang melambangkan kemodenan, kisah cinta dan juga keinginan,” kata koordinator pameran, Frederique Deschamps kepada wartawan media.
“Apa yang pasti, komik foto sebenarnya mencerminkan nilai moral yang berubah-ubah dan menitik beratkan nilai feminisme secara perlahan-lahan menggabungkannya dengan kronologi subjek yang pelbagai khususnya dalam permasalahan mengenai wanita seperti perceraian, pengangguran dan hak-hak wanita di tempat kerja,” kata ketua kurator, Marie Charlotte Calafat kepada media.
Satu olahan reaksi
“Mereka sebenarnya tidak layak untuk mendapat reputasi retro sama sekali, sebaliknya mereka ini adalah barometer sebenar iaitu aspirasi masyarakat dengan sentuhan jalan cerita di mana kaum wanita sering dipersoalkan hak-hak mereka,” tambah Marie lagi kepada media.
Begitu juga yang dilakukan oleh seorang tokoh terkenal dan telah mengecam barisan artis seni ini pada tahun 1959 yang mana tokoh ini beranggapan bahawa genre mereka itu menghasilkan satu kekeliruan dan cadangan terhadap persoalan gender.
Sesetengah individu beranggapan bahawa foto novel ini sebenarnya baik di mana kebanyakan zaman-zaman purba juga menggunakan gambar untuk menceritakan satu kejadian ataupun satu peristiwa malah genre ini masih dipraktikkan sehingga ke hari ini.
Genre ini kemudiannya terus menguasai Britain dan juga Amerika Syarikat di mana salah sebuah majalah dari kedua-dua negara itu telah menyeru bakat artis komik daripada pelakon seni Woody Allen, John Cleese dan Monty Python, Terry Gilliam untuk meneruskan dan memperkembangkan lagi genre itu. Foto komik juga dipaparkan di Lampoon Kebangsaan sebagai satu keseronokan foto dengan penduduk Amerika Syarikat meminjam perkataan Itali ‘Fumetti’ untuk genre tersebut yang membawa maksud gelembung ucapan.
Lambang tertentu
Sekitar tahun 1960-an, ketika TV semakin mendominasi, jualan komik foto ini semakin merosot dan telah mendorong penerbit melakukan satu pembaharuan dalam kronologi mereka dan memasukkan pelbagai bentuk peristiwa dan kejutan.
Sebahagian besar karya Marseille didedikasikan untuk membunuh, watak komik foto Itali yang sadis dengan melakukan pelbagai kegiatan jahat. Manakala bagi versi siri Perancis, ia lebih menjurus kepada kronologi satanik namun unsur itu telah dilarang selepas 19 edisi genre itu dikeluarkan sehingga tahun 1967.
Kemudian, kepelbagaian unsur karakter telah dipelbagaikan di mana watak-watak memakai kostum terus dipertingkatkan seperti yang dipaparkan dalam beberapa buah komik kemudian untuk beberapa tempoh ia kemudiannya dijadikan sebagai sebuah filem. Selain itu, komik foto ini juga berfungsi secara meluas untuk pendidikan kesihatan di seluruh dunia.
Walau bagaimanapun, pameran bersama itu bukanlah satu tugas yang mudah. Kurator Deschamps berkata bahawa dia memulakan minatnya untuk mengumpul genre itu setelah melihat majalah Perancis, Nous Deux.
Semasa dia mendalami lagi majalah itu dengan lebih dalam, dia mendapati bahawa majalah itu telah tertimbun dalam tong sampah sejarah, ditinggalkan dan penyelidikan terhadapnya sangat sedikit.
“Sesetengah gambar komik tidak dapat ditayangkan disebabkan oleh unsur-unsur negatif yang sangat tinggi namun pameran ini akan berlangsung di Mucem, Marseille sehingga 23 April 2018,” tambah Deschamps mengakhiri temu ramah bersama media. – AFP