Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Dia mesej mengaku ‘tersuka’ suami saya – Bella Astillah

    Aktres dan penyanyi, Bella Astillah kesal dengan gelagat seorang pelakon wanita yang didakwa cuba mendekati suaminya, Aliff Aziz.

    Bella atau nama sebenar, Dayang Nabellah Awang Astillah mendakwa pelakon wanita terbabit sudah berkali-berkali membuat panggilan telefon kepada Aliff, hingga mengganggu keharmonian rumah tangga mereka.

    “Sebelum ini, hari-hari pelakon wanita itu membuat panggilan telefon kepada Aliff dan saya rasa, perbuatan itu tidak perlu. Kadang-kadang dia buat panggilan sampai tujuh hingga lapan kali.

    “Pada awalnya, saya tidak tahu itu nombor telefon siapa. Selepas bertanya kepada seorang rakan artis, barulah saya tahu itu nombor telefon siapa,” katanya kepada BH Online.

    Bella berkata, insiden itu menguji kesabaran apabila pelakon wanita terbabit didakwa tidak menghormatinya sebagai isteri kepada Aliff.

    Bella kesal tindakan pelakon wanita terbabit tidak menghormati dirinya sebagai isteri Aliff. – Agensi

    “Apa yang berlaku itu membuatkan saya sangat marah kerana saya sendiri pernah berlakon dengan suami orang.

    “Saya berganding dengan Zamarul Hisham dalam drama Aku Tanpa Cintamu. Saya tak pernah berhubung dengan dia secara langsung, kecuali di set penggambaran.

    “Jika ada apa-apa pun, kami hanya berhubung melalui WhatsApp atau membuat panggilan telefon kepada isteri Zamarul iaitu Diana Rafar.

    “Tiada keperluan untuk saya hubungi Zamarul,” katanya ditemui selepas konsert separuh akhir Famili Duo musim kedua di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam tadi.

    Bagaimanapun, Bella berkata, pelakon wanita terbabit sudah memohon maaf kepadanya selepas ditegur.

    “Selepas ditegur, dia mesej saya dan minta maaf. Dia cakap dirinya bodoh kerana sudah ‘tersuka’ dengan suami saya,” katanya.

    Sementara itu, di pentas Famili Duo, Bella dan sepupunya, Wani Kayrie antara empat pasangan yang mara ke peringkat akhir, Ahad ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...