Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    DIA tambah dua anggota baru

    KUMPULAN DIA menambah dua anggota baru sebagai persediaan untuk membuat kemunculan semula.

    Koreaboo melaporkan DIA yang sebelum ini hanya mempunyai tujuh anggota mengambil keputusan menambah ahli bagi memantapkan lagi barisan hadapan kumpulan itu. Perkara itu turut disahkan oleh syarikat pengurusan mereka iaitu MBK Entertainment.

    Dua ahli baharu itu, Jooeun dan Somyi dikatakan mempunyai kekuatan vokal yang mantap dan akan mengambil alih tempat Seunghee yang meninggalkan DIA pada April tahun lalu.

    Seunghee ketika itu memberi alasan ingin mengembangkan karier lakonannya sebagai punca dia meninggalkan DIA.

    Sebagai langkah promosi, DIA melancarkan kembali lagu You Are My Flower pada 6 April lalu berserta konsert mini pada hari berikutnya sebelum tampil dengan album terbaharu iaitu YOLO.

    Dua ahli baru kumpulsn DIA, Jooeun dan Somyi.
    Dua ahli baru kumpulsn DIA, Jooeun dan Somyi.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda