Dialog Shangri-la dibatalkan

SINGAPURA, 20 MEI – Institut Kajian Strategik Antarabangsa (IISS) hari ini mengumumkan Dialog Shangri-La 2021, yang dijadualkan berlangsung dari 4 Jun di Singapura dibatalkan.

Institut penyelidikan Britain itu berkata sebilangan besar menteri pertahanan, pegawai kanan, pemimpin korporat dan ahli strategi berpengaruh dari Asia, Amerika Utara, Timur Tengah dan Eropah sudah mengesahkan kehadiran pada acara dua hari itu.

Menurut IISS pihaknya bersama kerajaan Singapura dan khususnya Kementerian Pertahanan telah bekerjasama untuk memastikan dialog dapat dilaksanakan tahun ini walaupun berdepan cabaran pandemik COVID-19. – Bernama