Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Diana Danielle fail cerai

    Selepas hampir 11 tahun mendirikan rumah tangga, pelakon, Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon iaitu Farid Kamil di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari dekat sini.

    Diana, atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, selaku plaintif memfailkan permohonan itu pada 10 Mac lepas menerusi Tetuan Akberdin & Co dan menamakan Farid, atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari, 42, sebagai defendan.

    Permohonan cerai itu dikemukakan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

    Pelakon utama filem Imaginur itu memfailkan permohonan tersebut atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan serta tidak lagi mampu hidup bersama sebagai suami isteri.

    Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader, yang mewakili Diana, ketika dihubungi mengesahkan anak guamnya memfailkan permohonan itu.

    Beliau berkata semasa prosiding di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof hari ini, kedua-dua pihak diarah melalui proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas Farid enggan melafazkan cerai.

    Katanya mahkamah menetapkan 28 Mac ini sebagai sebutan kes.

    Farid, yang popular dengan filem Remp-IT dan Lagenda Budak Setan, diwakili peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan.

    Farid dan Diana yang sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz pada 3 November 2012 dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...