Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Diana Danielle terbawa-bawa watak Nadia di luar set penggambaran

    Drama bersiri Korea Selatan She Was Pretty yang ditayangkan pada 2015 pernah mencipta fenomena apabila ia mendapat perhatian peminat di seluruh dunia.

    Jalan cerita yang menarik dan lakonan cemerlang Hwang Jung-eum, Park Seo-joon, Go Joon-hee and Choi Si-won berjaya mencuit hati penonton sehinggakan drama itu menjadi antara kegemaran dan paling banyak ditonton.

    Selepas tujuh tahun, Viu Malaysia telah mengadaptasi drama bersiri popular itu dengan sentuhan tempatan menampilkan Diana Danielle, Aiman Hakim Ridza dan Alvin Chong sebagai tunggak utamanya.

    Menjayakan watak sebagai Nadia bukan tugas sukar buat pelakon Diana Danielle kerana dia sendiri sangat meminati karya asal dari Korea Selatan.

    Bagi menghidupkan karakter yang sebelum ini dijayakan oleh Hwang Jung Eum itu, Diana, 31, turut menjadikan aktres itu sebagai rujukan utama kerana mahu mengekalkan sifat-sifat istimewa watak itu seperti mana siri asalnya.

    Diana Danielle mengakui bahawa dia terbawa-bawa sehingga ke luar set penggambaran kerana terlalu menghayati watak Nadia. – Agensi

    Akui aktres ini juga, dia turut terbawa-bawa dengan watak Nadia sehingga ke luar set penggambaran kerana terlalu menghayatinya.

    “Saya menjadikan watak asal sebagai rujukan kerana banyak momen ikonik dalam setiap babak yang saya rasa peminat mahu tonton. Dalam pada masa yang sama, saya selitkan unsur tempatan dalam watak ini agar ia lebih realistik.

    “Watak Nadia adalah seorang wanita yang kalut dan disebabkan itu saya terbawa-bawa sehingga ke luar set penggambaran kerana terlalu menghayatinya,” katanya.

    Selain Diana, She Was Pretty turut menampilkan barisan pelakon seperti Aiman Hakim Ridza, Alvin Chong, Daniella Sya, Yasmin Hani, Adam Malek, Jasmin Hamid, Arash Mohd dan Zainol McWilson.

    Drama 16 episod itu diarahkan oleh Datuk Yusry Abdul Halim dan sedang ditayangkan di sebuah platform penstriman sejak 23 Jun lalu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...