Diana Rigg meninggal dunia

Diana Rigg (gambar bawah), pelakon Britain yang menjadi ikon tahun 1960an sebagai ejen rahsia Emma Peel dalam siri TV The Avengers telah meninggal dunia pada usia 82 tahun.

Ejen Rigg, Simon Beresford mengatakan bahawa dia meninggal dunia pada Khamis lalu di rumahnya. Anak perempuan Rigg, Rachael Stirling, mengatakan ibunya menderita akibat barah yang didiagnosis pada Mac lalu.

Rigg membintangi The Avengers bersama Patrick McNee yang memegang watak John Steed. Kedua-duanya adalah gabungan duo yang sempurna yang bertarung dengan penjahat dalam kisah pengembaraan dan humor yang berpengaruh.

Rigg juga membintangi filem pengintip On Her Majesty’s Secret Service sebagai satu-satunya wanita yang pernah menikahi James Bond. Dia juga pernah memeran watak Olenna Tyrell dalam Game of Thrones. – AP