Dibelasah gara-gara tegur rakan ambil dadah

KUCHING, 2012 – Seorang lelaki cedera parah di-serang sekumpulan lelaki selepas menegur dan menasihati seorang rakannya yang dipercayai telah mengambil dadah.

Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai di kawasan Satok selepas mangsa dimaklumkan oleh teman wanitanya bahawa rakannya itu telah meminjam wang daripadanya untuk membeli dadah.

Risau akan perkara itu, mangsa cuba menasihati rakannya itu sebaliknya mengundang kemarahan rakan mangsa yang kemudian mengadu perkara itu kepada lelaki yang menjual dadah kepadanya.

Marah selepas mengetahui perkara tersebut, lelaki yang menjual dadah itu kemudian mencari mangsa bersama kira-kira 20 orang yang tidak dikenali.

Tanpa mempedulikan keadaan mangsa, ke-semua suspek kemudian membelasah mangsa tanpa belas kasihan menyebabkan mangsa rebah di tempat kejadian. Teman wanita mangsa yang turut berada di tempat kejadian cuba untuk mempertahankan mangsa namun takut dibelasah.

Kesemua suspek kemudian meninggalkan tempat kejadian selepas insiden tersebut.
Mangsa yang mengalami kecederaan di beberapa anggota badan kemudian segera mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) sebelum membuat laporan polis di balai polis berhampiran.