Diberi tiket percuma seumur hidup

ULAN BATOR, 13 OGOS – Syarikat penerbangan Mongolia, MIAT pada hari ini memberikan sijil tiket percuma seumur hidup kepada ibu dan anak damit perempuan kembar yang lahir pada pertengahan bulan lalu, lapor agensi berita Xinhua.

Kembar itu dilahirkan dalam penerbangan sewa khas dari Istanbul, Turki ke Ulan Bator pada 9 Julai. Mereka dilahirkan dua bulan lebih awal.

Anak damit dan ibu mereka yang berusia 42 tahun berada dalam keadaan sihat. Ia kali pertama dalam sejarah penerbangan awam Mongolia seorang wanita bersalin ketika menaiki  penerbangan antarabangsa, menurut MIAT. – Bernama