Wednesday, December 4, 2024
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    Diberkas miliki senjata api buatan sendiri

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2019 – Balai Polis Lamunin, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) menjalankan siasatan ke atas seorang suspek lelaki yang dipercayai memiliki senjata api buatan sendiri.

    Ia terbongkar dalam satu serbuan yang dijalankan oleh Biro Kawalan Narkotik (BKN) ke atas sebuah rumah di Kampung Birau, Tutong dan telah menemukan sepucuk senjata api dipercayai buatan sendiri tersimpan di dapur rumah itu.

    Suspek yang berumur 44 tahun merupakan seorang warganegara tempatan dan tidak bekerja, diberkas dan dibawa oleh BKN untuk siasatan awal sebelum diserahkan kepada PPDB bagi siasatan lanjut.

    Berikutan penemuan itu, suspek akan dihadapkan ke mahkamah bagi berdepan kesalahan memiliki senjata api tanpa lesen di bawah Seksyen 17 (1) Akta Senjata Api dan Bahan Letupan Penggal 58.

    Jika sabit kesalahan, tertuduh akan dihukum penjara dalam tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak melebihi 15 tahun serta tidak kurang daripada tiga sebatan dan tidak lebih daripada 12 sebatan.

    PPDB menyeru orang ramai supaya tidak memiliki, menyimpan atau membuat sebarang senjata api mahupun peluru, kerana ia merupakan satu kesalahan berat di bawah undang-undang Negara Brunei Darussalam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda