Dibuang sekolah kerana gemuk

BEIJING, 11 Sept – Seorang budak lelaki berusia 15 tahun didakwa dibuang sekolah kerana terlalu gemuk.

Mail Online melaporkan, Xiaoxiong yang berasal dari wilayah Hunan memiliki berat badan mencecah 150 kilogram iaitu hampir tiga kali ganda purata berat badan kanak-kanak seusianya.

Keluarganya mendakwa, Xiaoxiong mendaftar di sebuah sekolah berasrama di Changsha tetapi dipaksa berhenti dengan alasan keadaan fizikalnya.

Pihak pengurusan sekolah juga mendakwa Xiaoxiong mengalami masalah dengan pernafasannya.

Keluarga Xiaoxiong diminta membawa pelajar itu ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan tetapi doktor mengesahkan dia sihat untuk meneruskan persekolahan. – Agensi