Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Dibunuh gara-gara kunyah tembakau dekat kuil

    AMRITSAR, 9 SEPT – Polis India hari ini menahan tiga orang sekta Sikh radikal yang didakwa menetak seorang pemuda kerana mengunyah tembakau berhampiran Golden Temple, kuil paling suci Sikh.

    Harmanjeet Singh, 22, dibunuh selepas bertengkar dengan tiga orang Nihang – pahlawan sekta Sikh yang radikal terkenal dengan memakai jubah biru dan membawa pedang.

    Ketiga-tiga mereka menuduh Singh berada dalam keadaan mabuk dan mengunyah tembakau – kedua-dua perbuatan itu menyalahi dari segi etika perbuatan agama mereka.

    “Kejadian itu berlaku di khalayak ramai,” kata suruhanjaya polis Amritsar, Arun Pal Singh yang memberitahu wartawan kelmarin, sehari selepas mangsa dibunuh.

    “Orang yang lalu lintas hanya menyaksikan kejadian di bazar Kahia Wala pada Rabu malam dan tiada sesiapa yang tampil untuk menghentikannya.”

    Polis telah menahan kesemua lelaki yang terbabit petang hari ini, menurut pegawai kepada AFP.

    Melindungi kuil adalah isu yang sangat sensitif bagi penganut Sikh, dan memakan tembakau, minuman keras atau penggunaan dadah di kawasan suci dianggap sebagai satu tindakan pencabulan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...