Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Dibunuh gara-gara seekor kucing

    SANTA ANA, CALIFORNIA, 29 SEPT – Seorang wanita California didakwa membunuh seorang lelaki dengan merempuhnya dengan kereta selepas menuduhnya cuba menggelek seekor kucing di jalan raya, kata pihak berkuasa semalam.

    Hannah Star Esser, 20, didakwa membunuh mengakibatkan kematian Victor Anthony Luis, 43, dan ditahan dengan ikat jamin AS$1 juta, kata pejabat pendakwa Orange County dalam satu kenyataan.

    Esser sedang memandu dalam komuniti Cypress pada malam Ahad apabila dia berdepan dengan Luis dan menuduhnya cuba menggelek seekor kucing.

    Dia dan Luis keluar dari kenderaan mereka dan bertengkar, kata pihak berkuasa.

    Esser kemudian kembali ke keretanya, berpusing, memandu ke arah Luis dan melanggarnya. Dia disahkan mati di tempat kejadian.

    “Perbuatan ini menunjukkan sikap Esser yang langsung tidak menghiraukan nyawa manusia,” kata Peguam Daerah Todd Spitzer dalam satu kenyataan.

    Luis, bapa kepada lima anak perempuan, bakal menyambut kelahiran cucu pertamanya pada musim luruh ini. Dia dibunuh di depan bangunan apartmen dan ‘mati dalam pangkuan adiknya,’ menurut kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak keluarganya semalam. – AP

    Gambar serahan Pejabat Peguam Orange County menunjukkan Hannah Star Esser, yang didakwa membunuh seorang lelaki dengan merempuhnya dengan kereta selepas dituduh menggelek seekor kucing di jalan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...