‘Dibunuh kerana berbuat baik’

ROM, 7 SEPT – Polis Itali telah memberkas empat suspek selepas seorang lelaki keturunan Cape Verdian dibelasah hingga mati berhampiran Rom pada hujung minggu, dalam satu kes yang menjadi tajuk berita semalam.

Willy Monteiro Duarte, 21, diserang selepas dia datang untuk menyelamatkan seorang kawan sekolah semasa satu pertengkaran kelmarin, menurut laporan akhbar Itali.

Tatkala Duarte dan kawannya berjalan pulang di Collefero, bandar kecil kira-kira 50 kilometer dari timur Rom, sebuah kereta menghampiri mereka dan empat lelaki keluar, beritahu saksi kepada akhbar Il Messagero.

Kawannya berjaya melarikan diri tetapi apabila mereka kembali selepas itu, mereka menemui Duarte terbaring berlumuran darah di tempat kejadian. – AFP