Dibunuh kerana hubungan luar nikah

MAKASAR, 12 MEI – Dua orang lelaki diberkas kerana disyaki membunuh adik perempuan mereka berusia 16 tahun kerana hubungan luar nikah, kata polis hari ini, satu pembunuhan yang boleh membawa hukuman gantung jika sabit kesalahan.

Lelaki-lelaki itu, berusia 20 dan 30 tahun, mengakui bahawa mereka menyerang adik mereka menggunakan kayu dan parang kerana dia menjalinkan hubungan luar nikah, menurut pihak berkuasa mengenai pembunuhan pada Sabtu lalu di pulau Bantaeng, Sulawesi.

Keluarga remaja itu juga menahan seorang saudara jauh yang disyaki menjalinkan hubungan dengan remaja perempuan itu selepas dia enggan mengahwininya. – AFP