Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didakwa akibat perbuatan tidak bermoral

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 April – Seorang wanita warga China didakwa di Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan terlibat dalam aktiviti pelacuran.

    Zhu Yinfeng, 37, dituduh melakukan aktiviti tidak bermoral itu di sebuah hotel di Gadong pada 11 April 2018 pada jam 3 petang.

    Timbalan Pendakwa Raya, Sabrina binti Haji Mahmud membuat permohonan untuk kes ditangguhkan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan.

    Majistret Hajah Noor Amalina binti DP Haji Alaihuddin membenarkan permohonan dan menetapkan 17 April untuk sebutan semula.

    Tertuduh berdepan hukuman denda sehingga $5,000 dan setahun penjara (untuk kesalahan pertama), jika didapati bersalah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda