Didakwa curi wang majikan

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OKT – Seorang pekerja kedai kek warga Malaysia dihadapkan di Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan mencuri daripada majikannya.

Tidak ada pengakuan direkodkan daripada Rosty anak Rigai @ Wahdini binti Abdullah, 45, yang dituduh mencuri wang di tempatnya bekerja di Kampung Manggis sekitar Ogos 2019.

Timbalan Pendakwa Raya, Sabrina binti Haji Mahmud membuat permohonan untuk tertuduh ditahan reman bagi siasatan lanjut.

Permohonan tahan reman dibenarkan Majistret Kamaliah Fadhilah binti Haji Ibrahim, yang turut menetapkan 12 Oktober 2019 untuk sebutan semula.