Didakwa kerana bantu migran, rempuh pelabuhan

AGRIGENTO, 18 JULAI – Kapten Jerman, Carola Rackete, yang mencetuskan tumpuan antarabangsa dengan berlabuh secara paksa di pelabuhan Itali bersama pendatang yang diselamatkan, berdepan dengan soal-siasat oleh pendakwa raya Itali hari ini atas pertuduhan membantu pendatang haram.

Kapten bagi kapal Sea-Watch 3 itu dijangka disoal-siasat di Bandar selatan Sicilian, Agrigento.

Rackete ditahan pada 29 Jun kerana memasuki pelabuhan Lampedusa, Itali, meskipun satu veto telah dibuat oleh Menteri Dalam Matteo Salvini, dan melanggar sebuah bot pengawal pantai untuk mendaratkan 40 orang pendatang selepas dua minggu terkandas di laut.

Seorang juri menterbalikkan arahan penahanan itu tiga hari kemudian, dengan menyatakan Rackete bertindak demikian untuk menyelamatkan nyawa.

Tetapi Sea-Watch 3 masih dalam tahanan polis di pelabuhan Sicilian, dan Rackete masih didakwa bagi dua dakwaan, satu kerana memasuki perairan Itali meskipun menerima arah untuk berhenti, dan satu lagi membantu pendatang haram.

Rackete akan dibicarakan lewat hari ini, dan perlu menjelaskan kenapa krunya menyelamatkan pendatang tanpa menunggu pengawal pantai Libya, yang mempunyai bidang kuasa di sepanjang perairan di mana para pendatang ditemui.

Kapten berusia 31 tahun itu juga ditanya kenapa dia kemudian mengemudi kapal itu ke Itali berbanding ke pelabuhan Libya atau Tunisia.

Salvini menegaskan bahawa pelabuhan-pelabuhan Itali masih ditutup kepada sesiapa menyeberangi Mediterranean. – AFP

Carola Rackete (tengah) tiba bersama peguam-peguamnya di sebuah mahkamah di Sicilian, Agrigento bagi disoal-siasat oleh pendakwa raya Itali. – AFP