Tuesday, May 30, 2023
28 C
Brunei

    -

    Didakwa kes pemerdagangan manusia

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Pendakwa raya hari ini telah menghadapkan pertuduhan terhadap seorang lelaki warga Bangladesh berusia 42 tahun atas kesalahan pemerdagangan manusia.

    Timbalan-timbalan pendakwa raya Hajah Rozaimah Hj Abd Rahman, Aminudin Zaki Dato Abdul Rahman dan Nor’adliatul Hidayah Haji Mohd Zaidi hadir di Mahkamah Tinggi di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli.

    Khairul Bashar didakwa dengan dua pertuduhan di bawah Bab 4 Perintah Pemerdagangan dan Penyeludupan Orang, 2004 kerana melakukan kesalahan pemerdagangan orang.

    Siasatan yang telah dijalankan oleh Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mendedahkan bahawa defendan adalah dikatakan memperdagangkan dua mangsa warga Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam pada tahun 2018 secara penipuan bagi tujuan buruh paksa.

    Kejadian-kejadian tersebut telah berlaku pada tahun 2018, sebelum mula berkuatkuasanya Akta Anti Pemerdagangan Orang, Penggal 230 yang ada pada masa ini. Ini bermakna pertuduhan yang dibawa oleh pendakwa raya secara automatik jatuh di bawah Perintah Pemerdagangan dan Penyeludupan Orang, 2004.

    Pertuduhan telah dibaca dan difahami oleh defendan dan jika didapati bersalah atas kesalahan tersebut, defendan boleh dikenakan denda tidak melebihi $1,000,000, penjara maksima 30 tahun dan sebat.

    Mahkamah membenarkan permohonan pendakwa raya bagi penangguhan untuk memuktamadkan pertuduhan terhadap defendan dan kes itu akan didengar semula di Mahkamah Tinggi pada 11 April 2022.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    ‘Saya sangat letih’

    SYDNEY, 29 MEI – Ketua Menteri yang popular di Australia Barat, Mark McGowan, yang mengasingkan negerinya daripada dunia semasa kemuncak pandemik COVID-19, hari ini...
    - Advertisment -