Tuesday, January 21, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didakwa terima barang curi

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jun – Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, kelmarin, atas pertuduhan secara tidak jujur menerima barang curi.

    Awang Adyleo Wahyudi bin Haji Abdul Karim, 39 tahun, secara tidak jujur menerima barang curi berupa kamera, antara 15 dan 19 Jun 2018 sementara Awang Mohammad Ratono bin Haji Ali, 39 tahun, juga didakwa secara tidak jujur menerima barang curi berupa silinder gas, antara 15 dan 19 Jun 2018.

    Kedua-dua mereka yang mengetahui barang itu adalah barang curi didakwa di bawah Seksyen 411 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa hukuman penjara untuk tempoh yang boleh dilanjutkan sehingga tiga tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya.

    Timbalan Pendakwa Raya, Dr Mohammad Hussin Ali bin Idris membuat permohonan untuk kedua-dua tertuduh ditahan reman.

    Majistret Pengiran Hazirah binti Pengiran Mohd Yusof menetapkan 25 Jun untuk sebutan kes.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda