Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Didenda $100 buang sampah di tempat awam

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Seorang warganegara Indonesia telah dikenakan kompaun oleh Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong kerana didapati melanggar
    Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021, iaitu membuang sampah di tempat awam, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Daerah Tutong, warga asing itu telah dikenakan kompaun sebanyak $100 dan dikehendaki untuk menjelaskan kompaun tersebut dalam tempoh tujuh hari.

    Jika gagal membayar denda tersebut maka individu berkenaan boleh dihadapkan ke mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari $1,000 dan tidak melebihi $3,000 bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak kurang $3,000 dan tidak melebihi $9,000, atau dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

    Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong dalam kesempatan itu ingin mengingatkan orang ramai, pihak syarikat dan pemilik premis-premis perniagaan agar sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar, khususnya di kawasan premis-premis perniagaan dan juga kawasan awam dengan tidak membuang, melonggokkan atau meninggalkan sampah sarap di tempat awam.

    Sampah kelihatan dilonggokkan di tempat awam. – Gambar serahan Jabatan Daerah Tutong

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...