Tuesday, March 21, 2023
21.6 C
Brunei

-

Didenda $11,200 kerana miliki rokok, minuman keras

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Mahkamah Majistret hari ini memerintahkan seorang warga tempatan untuk membayar denda $11,200 kerana memiliki rokok seludup dan minuman keras.

Nur Nadiah binti Muhammad Amiruddin @ Vidiana anak Badendang, 29, perlu menjalani hukuman penjara 11 bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Majistret Kanan Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid mendengar daripada pihak pendakwa kastam bahawa defendan didapati menyimpan tujuh karton dan sembilan paket rokok, bersama-sama tujuh botol minuman keras di sebuah rumah teres yang terletak di Jalan Mengkubok, Sungai Bakong, Lumut pada pukul 10:45 malam, 27 Oktober 2021.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Paras oksigen kurang punca jutaan ikan mati

CANBERRA, AUSTRALIA, 19 MAC – Berjuta-juta ikan telah mati dihanyutkan di tenggara Australia dalam kematian yang menurut pihak berkuasa dan saintis berpunca daripada paras...
- Advertisment -