Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Didenda $150,200 miliki rokok, minuman keras

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JAN – Seorang lelaki warga Malaysia telah diperintahkan untuk membayar denda $150,200 kerana memiliki rokok seludup dan minuman keras.

    Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, mengarahkan Chang Foh Hin, 36, menjalani hukuman penjara 33 bulan jika gagal membayar denda.

    Mahkamah dimaklumkan bahawa defendan telah ditahan oleh pegawai kastam apabila didapati menyimpan 154 karton rokok pelbagai jenama, 439 botol minuman keras serta wang tunai $3,200 hasil jualan barangan seludup berkenaan.

    Pendakwa raya kastam memaklumkan kepada mahkamah bahawa pemeriksaan dijalankan di kediaman defendan di Kampung Kilanas pada pukul 2 pagi, 26 Disember lalu.

    Majistret Nur Eleana DSP Haji Hairol Arni yang mengendalikan prosiding tersebut turut memerintahkan rokok yang dirampas untuk dimusnahkan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...