Friday, September 30, 2022
25.5 C
Brunei

Didenda $23,000 miliki minuman keras seludup

-

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OGOS – Mahkamah Majistret, di sini, hari ini telah memerintahkan tiga orang lelaki tempatan untuk membayar denda $23,000 setiap seorang kerana memiliki minuman beralkohol seludup.

Mohammad Aiman Asraff bin Haji Majid, 22, Awangku Abdullah bin Pengiran Jafar, 23, dan Ampuan Muhammad Yussof bin Ampuan Ali Omar, 22, terpaksa menjalani hukuman penjara selama 13 bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Majistret Nur Eleana binti DSP Haji Hairol Arni dimaklumkan oleh pendakwa raya kastam bahawa polis Temburong mendapati defendan memiliki 148 botol minuman keras
di jeti Kampung Meniup, Temburong pada pukul 6:59 petang 2 November 2020.

Mahkamah turut memerintahkan agar kesemua barang seludup yang dirampas untuk dimusnahkan.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China: Tiada siapa berhak guna veto nasib rakyat Palestin

BEIJING, 29 SEPT - China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi...
- Advertisment -