Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Didenda $300 buang sampah dari kenderaan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Seorang pekerja syarikat swasta telah dikenakan kompaun $300 oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), kelmarin atas kesalahan melanggar Bab 12(1)(d) di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil, Penggal 30, iaitu membuang sampah dari kenderaan di kawasan jalan masuk Pantai Meragang.

    Md Faraque Abdul Wahid dari Arabi Sdn Bhd diberi tempoh tujuh hari untuk menjelaskan denda kompaun bergantung kepada keadaan situasi terkini jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

    Jika gagal menjelaskan bayaran denda kompaun tersebut, dia boleh didakwa ke mahkamah di mana jika sabit kesalahan, boleh didenda $1,000 bagi kesalahan pertama manakala itu, bagi kesalahan seterusnya denda $3,000 dan penjara tidak melebihi tiga bulan.

    Sehubungan itu, JASTRe mengingatkan mana-mana individu, orang awam atau syarikat untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan sifat bertanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar.

    Kawasan sekitar jalan masuk Pantai Meragang di mana seorang pekerja didapati membuang sampah dari kenderaan. – Gambar serahan JASTRe

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...