Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Didenda $36,300 simpan rokok seludup

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JULAI – Mahkamah Majistret pada hari ini telah menjatuhkan hukuman denda berjumlah $36,300 ke atas seorang wanita tempatan berusia 32 tahun kerana menyimpan rokok seludup untuk dijual kepada orang ramai.

    Norashimah binti Ismail mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki 33 karton dan 48 peket rokok yang tidak diisytiharkan, bersama wang tunai $463 dipercayai hasil daripada jualan rokok tersebut.

    Defendan perlu menjalani hukuman penjara 14 bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

    Majistret Kanan Pengiran Hazirah binti Pengiran Haji Mohd Yussof mendengar daripada pihak pendakwa kastam bahawa pegawai pencegah kastam menemui rokok serta wang tunai dalam simpanannya di kediamannya di STKRJ Lambak Kiri pada pukul 3:25 petang 7 April lalu.

    Mahkamah memerintahkan rokok dan wang tunai yang dirampas itu supaya dimusnahkan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...