Didenda $45,000 miliki minuman keras tanpa cukai

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN,3 MEI – Akibat memiliki minuman keras tanpa cukai, seorang lelaki dikenakan denda $45,000 oleh Mahkamah Majistret, kelmarin.

Hukuman denda terhadap Nooryanto bin Mohd Noor, 42, yang mengaku bersalah memiliki 836 tin bir dan 168 botol arak diputuskan Majistret Kanan Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Abdul Rahman.

Gagal membayar denda akan menyebabkan tertuduh menjalani hukuman 15 bulan penjara. Minuman seludup itu ditemui dalam bot di kawasan perairan Kampung Bolkiah sekitar jam 5:48 petang pada 17 April 2020.

Pendakwaan dibuat pegawai pendakwa kastam.