Monday, May 29, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Didenda $500 buang sampah di tanah lapang

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MEI – Seorang lelaki telah dikenakan kompaun $500 oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) kerana membuang sampah di tanah lapang kawasan jalan masuk Pantai Meragang.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JASTRe, Mohd Irwan bin Omar telah melakukan kesalahan di bawah Bab 12(1)(f)(ii), Akta Kesalahan-kesalahan Miscellaneous, Penggal 30.

    Individu berkenaan diberikan tempoh tujuh hari dari tarikh kompaun dikeluarkan untuk menjelaskan denda kompaun dan jika gagal membayarnya boleh didakwa ke mahkamah di mana jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $1,000 dan tidak melebihi $3,000 bagi kesalahan pertama.

    Manakala itu, bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak kurang $3,000 dan tidak melebihi $9,000 serta penjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua duanya sekali.

    JASTRe pada masa yang sama turut mengingatkan mana-mana individu, orang awam atau mana-mana syarikat untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan sifat bertanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar.

    Seorang lelaki telah dikenakan kompaun kerana melakukan kesalahan membuang sampah di tanah lapang di kawasan jalan masuk Pantai Meragang. – Gambar serahan JASTRe
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Polis India tahan ahli gusti Olimpik

    NEW DELHI, 28 MEI – Polis India hari ini mengheret dan menahan dua ahli gusti Olimpik dan berpuluh-puluh yang lain ketika mereka cuba berarak...
    - Advertisment -