Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Didenda $500 buang sampah di tempat awam

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 26 SEPT – Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) hari ini mengenakan denda $500 ke atas seorang lagi individu kerana membuang sampah di premis awam di Kampung Masin.

    Individu berkenaan, dikenal pasti sebagai Sintu Horlader, didapati membuang sampah dan bahan pembinaan terpakai di kawasan awam.

    Denda dikeluarkan di bawah Bab 12(1), Akta Kesalahan-kesalahan Kecil Penggal 30 dan lelaki itu diberikan tempoh tujuh hari untuk menjelaskan denda tersebut. Kegagalan membayar akan menyebabkan kes tersebut didakwa di mahkamah.

    Jika disabit kesalahan, denda tidak kurang daripada $1,000 dan tidak lebih daripada $3,000 akan dikenakan bagi kesalahan pertama, sementara kesalahan seterusnya akan dikenakan denda tidak kurang daripada $3,000 dan tidak melebihi $9,000 atau dihukum penjara enam bulan.

    Sebelum itu, jabatan juga mengeluarkan denda yang sama pada awal minggu lalu kepada seorang individu kerana membuang sampah berdekatan kawasan yang sama. Sehubungan itu, JASTRe ingin mengingatkan orang awam dan syarikat supaya sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan sikap bertanggungjawab menjaga alam sekitar serta membuang sampah di tempat yang dikhaskan.

    Kelihatan sampah dan bahan pembinaan dibuang di kawasan awam di Kampung Masin. – Gambar serahan JASTRe

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...