BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Feb – Bahagian Perlesenan dan Penguat Kuasa, Jabatan Daerah Brunei dan Muara telah mendenda sebuah kedai, De Rimba Department Store Sdn Bhd sebanyak $500 atas kesalahan membuang sampah tidak teratur di sekitar premis bangunan tersebut.
Sehubungan itu, jabatan ini sekali lagi mengingatkan orang ramai dan pemilik premis perniagaan agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan-kawasan awam dan alam sekitar. Jika didapati melakukan kesalahan, pihak jabatan akan mengambil tindakan undang-undang di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil (Penggal 30).